Quantcast
Channel: jom lepak dulu
Viewing all 45 articles
Browse latest View live

(GAMBAR )Gempa Bumi di Acheh 8.9 Skala Ritcher 11 April 2012 , Buat Penduduk Panik

$
0
0
Masih ingat kita semua tentang gempa bumi yang mengakibatkan tsunami pada Disember 2004, lagi sekali penduduk di Banda Acheh, dilanda panik dan gempar dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada petang tadi, 11 April 2012. Di Malaysia juga turut dirasai gegaran dari gempa bumi itu di beberapa tempat, di Penang, Alor Setar, Perak dan KL. Laporan AP dan Malaysia kini



Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),
Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.
Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan.
Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India.


Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gambar Penduduk di Indonesia panik 







Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.
Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima  maklumat dari orang ramai.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.
Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.
Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.
- Agensi

VIDEO Berita GEMPA BUMI 11 April 2012 Melanda Acheh

$
0
0
Kejadian gempa bumi dengan 8.9 skala Richter yang berlaku di Acheh petang tadi menggemparkan penduduk. Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata, gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Aceh.
Lihat video berita lanjut mengenai gampa bumi yang berlaku di Acheh:







Video amatur penduduk panik di pantai India

Fenomena Halo DiKesan Kedah

$
0
0
Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.





Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).- Bernama


Fenomena Halo Moon adalah fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin dan ianya berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira 5 hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu merupakan cahaya bulan yang terserak seperti gambar di atas. Fenomena Halo Moon bukanlah sesuatu yang luar biasa malahan sering berlaku apabila bulan melalui keadaan tertentu.


contoh lagi gambar fenomena Halo ni

Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham Kamikaze

$
0
0
PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.




Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).

Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.


Manakala di facebook Maulana AF , ada juga finelais AF tu berkongsi artikel yang ditulis di Roti kaya tetapi tidak membuat sebarang ulasan.

Hanya di twitter Maulana ada menyebut dia tidak menyukai orang /golongan yang berselindung di sebalik agama.


Di facebook Sham Kamikaze pula, Sham jelas kesal dengan cerita mengenai hal rumahtangganya yang menjadi bualan dan menganggap itu adalah fitnah dan meminta semua menghentikan cerita dia kahwin dua itu yang didakwa paslu.

Sham di Facebooknya


Assalamualaikum wbt. Saya mendapat byk pertanyaan berkenaan isu yg hangat diperkatakan sepanjang hari ini. Apa yg menghairankan saya ialah sejak bila kita dididik untuk mengambil tahu hal rumahtangga dan peribadi orang lain? Hari ini, manusia 'ditelanjangkan' sewenang wenangnya oleh sesiapa saja atas nama politik, business atau apa sahaja. Persoalan yg baik untuk kita fikirkan bersama ialah apa keperluan kita membaca sesuatu berita yg tida manfaat lalu meminta penjelasan dgn cara menyebarkan pula di laman sosial? Apa bezanya kepada anda? Adakah sesuatu berita itu menambah keimanan kita kepada Allah atau menambah amalan di sisi Allah? Sedar atau tidak kita semua menjadi mangsa kepada media tanpa sempadan sepertimana berlaku di zaman ini. Lebih buruk lagi, kita tampil untuk meminta penjelasan pula di atas berita yg kita dgr tanpa mengambil kira perasaan keluarga yg terlibat. Saya ingin mengingatkan sahabat semua bahawa saya bukan artis atau celebrity yg harus diberi perhatian hatta di atas apa sahaja yg saya buat hari ini. Saya hanyalah seorang hamba Allah yg lemah dan dhoif, sekadar menyeru kepada kebaikan dan memberi perkongsian sesama Islam. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Anda semua boleh memberi apa saja komen tentang apa2 yg anda suka tapi persoalannya perlukah anda mencampuri urusan rumahtangga org lain? Bukankah lebih baik kita tanyakan sekiranya hal sedemikian berlaku kepada diri kita? Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada anda atau keluarga anda? Barangkali keseronokan media tanpa batas ini membuat kita alpa dan lupa tentang hadith Nabi saw,"Berkatalah yg baik ataupun diam." Apalagi yg anda mahu dgr selepas ini? Saya kahwin 2,3,4? Berpisah? Tanyakan hal yg sama kepada diri anda sebelum anda suka mendengar, membaca dan menyebarkan secara langsung atau tidak.

Saya dengan ini dengan rasminya memberitahu kepada pihak terlibat dan semua yg membaca dan 'terbaca' supaya menghentikan kerja tidak bermanfaat ini dan buatlah sesuatu yg mencari redha di sisi Allah swt. Tolong fahami saya ada keluarga yg begitu terguris dan berkecil hati dgn fitnah yg berulangkali diulang tayang tanpa ada rasa bersalah dan segan silu daripada pihak terbabit. Semoga Allah ampuni dosa kita semua, Amin Ya Rabb.



Di twitter orang yang bernama Mincapri atau Nurul halimin jelas dia begitu kesal dengan sikap suaminya yang tidak mengaku dia isteri kedua.


Ceritanya ibarat filem Ombak Rindu di mana dia menjadi isteri tetapi tidak boleh mendedahkan identiti kerana pihak suami tidak mahu diketahui oleh orang lain dan isteri pertama...begitulah yang dikatakan oleh mincapri di twitternya.

Zed Zadi Sifatkan Pelakon Luar Ibarat Pembantu Rumah Asing

$
0
0
Adoii kelakar gila la kenyataan pelakon Zed Zaidi ni, makin lama KP tengok makin merapu lah pulak kenyataan dia ni. Nak memperjuangkan hak artis tempatan yang dikatakan semakin terancam dek artis luar, ibarat negara Malaysia yang dibanjiri warga asing. Jadi Zed Zaidi dengan semangat patriotik berkobar-kobar telah menganggap artis luar ni umpama bibik atak pembantu rumah warag asing yang perlu dikurangkan kemasukannya.



baca kenyataan Zed Zaidi


Zed Zaidi memberi alasan kepada Kosmo! tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media.

Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula?
Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.

Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu?
Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar.

Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular?
Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan.

Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini?
Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka.

Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik?
Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini.

Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima?
Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini.

Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan?
Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri.



Marion Caunter dan suami tercintanya, SM Nasaruddin telah mengadakan majlis cukur jambul atau akikah bagi anak perempuan sulung mereka, Leia Rose pada hari Ahad yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan juga sahabat-sahabat kedua-dua pasangan. Gambar diambil dari Twitter Marion Caunter.

Keluarga Isteri Kedua Kesal Sham Kamikaze Masih Tak Mengaku

$
0
0
Panas diperkatakan kisah pemuzik Sham Kamikaze yang kini bergelar pendakwah bebas telah berkahwin dua, namun Sham menafikan dakwaan itu, dan dia berkata semua cerita itu adalah palsu dan fitnah yang telah mengguris hati isteri dan keluarganya.

Tetapi dari petikan mstar pula, ada pihak dari sumber terdekat memberitahu media yang Sham dan Halimin memang sudah bernikah.



Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.

“Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?
“Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?
“Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah,”
Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua. Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu .

 Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

Tindakan Sham Kamikaze yang tidak mengakui kebenaran tentang perkahwinan mereka menyebabkan Halimin tertekan dan merasa seperti tidak dipedulikan. Berikut adalah keluhan dari Nurul Halimin tentang perkara ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang respon yang diberikan oleh Nurul Halimin,


“Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.
“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.
“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?”


sumber : mStar

GAMBAR Anak Marion Caounter dan SM Nasaruddin, Leia Rose

$
0
0
Marion Caunter dan suami tercintanya, SM Nasaruddin telah mengadakan majlis cukur jambul atau akikah bagi anak perempuan sulung mereka, Leia Rose pada hari Ahad yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan juga sahabat-sahabat kedua-dua pasangan. Gambar diambil dari Twitter Marion Caunter.




Rita Rudaini Tak Pernah Mengadu Masalah Rumahtangga Pada Ibu

$
0
0
Kisah pergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil sudah diketahu umum dan menjadi perhatian.  Masing masing sudah membuat kenyataan, Rita tetap dengan pendiriannya mahu menjaga anak-anak, dan Aidil pula telah membuat kenyataan balas, yang dia setuju menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada Rita Rudaini.

Apa pula kata ibu pelakon Rita Rudaini, Puan Basariah Ibrahim, 59.







“Saya sedih dengan apa yang berlaku kepada Rita dan anak-anak. Bukan sekali kejadian seperti ini berlaku, tetapi dia tetap tabah dan kuat semangat demi anak-anak. Sepanjang perkahwinan mereka, kami sekeluarga sehabis boleh tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka berdua. Biarlah mereka selesaikan sendiri dengan cara yang paling baik.

“Namun melihat kepada situasi yang berlaku sekarang ini, saya sebagai seorang ibu merasa amat kasihan kepada Rita dan anak-anak. Apa yang boleh saya lakukan, hanya dengan memberikan dia semangat dan berdoa semoga dia kuat untuk melalui semua ini. Insya-Allah keluarga akan sentiasa bersama dengan dia dan anak-anak,” ujar ibu Rita sayu.

Menurut ibu Rita juga, buat ketika ini dia banyak meluangkan masa bersama Rita dan anak-anak kerana risaukan keadaan mereka.

“Rita tidak pernah menangis di depan anak-anak, tetapi sebagai orang yang melahirkan dia, saya tahu kesedihan yang dia rasai. Dia susah nak mengadu masalahnya kepada saya kerana menganggap hal rumah tangga tidak perlu dibawa kepada pengetahuan orang lain,” katanya


sumber: Media hiburan

SINOPSIS Sassy Girl Chun Hyang

$
0
0
Sebuah drama Korea bersiri menemui peminat peminat drama Korea akan dapat mengikuti draa menarik bertajuk Sassy Girl Chun Hyang di NTV 7 setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengahari , telah disiarkan pada 11 April lalu.

SINOPSIS Sassy Girl Chun Hyang

Sassy Girl Chun Hyang mengisahkan kisah cinta terhalang di antara Sung Chun Hyang (Han Chae Young) dan Mong Ryong (Jae Hee) yang bertemu tanpa disangka akibat satu salah faham.


Di sebalik semua kejadian yang menimpa diri mereka berdua dan pertengkaran mereka yang melucukan akhirnya melahirkan perasaan cinta. Ternyata tiada jalan mudah untuk mendapat kesudahan yang mebahagiakan kerana cinta mereka bakal diuji dengan kehadiran watak Hong Chae Rin (Park Si-Eun) yang merupakan bekas kekasih Mong Ryong dan Byeon Hak Do (Uhm Tae-Woong) seorang yang berpengaruh dan tidak pernah berputus asa dalam mendapatkan cinta Chun Hyang.

Sememangnya drama bersiri Sassy Girl Chun Hyang penuh dengan halangan dalam mendapatkan kebahagiaan sebuah cinta. Dapatkah Chun Hyang dan Mong Ryong meraih semula cinta suci mereka? Bagaimanakah nasib kesudahan mereka berdua? Apakah yang bakal terjadi dengan pita rakaman tersebut?



Siapa Artis Wanita dan Skandal dengan Menteri Dapat 1.5 Juta??

$
0
0

 Panas panas...tentang seorang artis wanita yang dikatakan mempunyai hubungan sulit, ye bukan teman tapi mesra lagi ni mungkin dah terlebih lebih mesra mcam laki bini. Siapakah agaknya pelakon wanita yang dikatakan ada skandal dengan menteri tu ye?



Gosip hiburan dan blog politik hangat memperkatakan yang artis wanita berkenaan ialah Zahida Rafik. Tapi Zahida Rafik tak membuat sebarang kenyataan lagi, jadi tidak bolehlah nak spekulasi siapa kan huhuhu..nanti tak pasal pasal kena saman pulak..


petikan dari gua.com.my



Semalam, satu pendedahan berkenaan skandal sulit antara seorang pelakon wanita dengan VIP berstatus menteri telah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen. Menurut laporan portal Malaysiakini, skandal tersebut membabitkan transaksi wang berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan perkenalan mereka dan hubungan sulit itu sudah berlanjutan sejak 3 tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh Noor Azman Azemi, 38 tahun pada 13 Mac lalu di Balai Polis Ampang, Azman turut mendedahkan jumlah wang yang telah diterima oleh pelakon wanita itu, RM58,000 (Oktober), RM112,000 (November), RM330,000 (Disember) dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa pertemuan VIP itu dengan pelakon wanita tersebut berlangsung secara sulit pada setiap minggu di hotel sekitar Kuala Lumpur. Dakwa Noor Azman lagi, "Pada setiap pertemuan, VIP itu akan memberikan wang berjumlah RM100,000 hingga RM200,000 kepada saya dan pelakon wanita itu untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pelakon itu."

Sebelum itu, satu laporan akhbar telah disiarkan pada 3 Mac lalu apabila pelakon wanita tersebut mendakwa pemandu peribadinya telah melarikan wang berjumlah RM200,000 selepas diarahkan memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

SINOPSIS dan Trailer Filem Chow Kit -Tayangan 3 Mei 2012

$
0
0
Filem cereka aksi Chow Kit akan berada di pawagam pada 3 Mei 2012.Antara pelakon utama ialah Dira abu Zahar dan Beto Kusyairi.


Sinopsis Chow Kit
Sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di Chow Kit. Tetapi apabila Tika dirogol, mereka perlu bersatu untuk mencari keadilan dan jalan penyelesaian jikalau
tidak, banyak lagi nyawa yang akan terkorban. Sementara itu, seorang bekas ahli kongsi Chow Kit yang baru dibebaskan dari penjara berazam untuk memulakan kehidupan yang baru. Namun dia terjebak semula ke dalam kehidupan silamnya dan bersetuju untuk menjalankan satu tugasan terakhir. Tetapi apabila tugasan tersebut menjadi huru-hara, dia mesti berusaha untuk memperbetulkan keadaan jikalau tidak, kebebasan yang baru dikecapi akan hilang begitu sahaja.

Kisah dalam Chow Kit ada 2 bahagian, satu bahagian kisah tentang budak budak yang hidup terbiar di jalanan, manakala bahagian dua cerita tentang kisah hitam macam pelacuran, gangster dan peras ugut orang orang di lorong chow kit tu.



Video trailer Chow Kit



Pengarah filem Chow Kit pun ada 2 orang iaitu Rosihan Zain dan Brando Lee, bahasa di dalam filem ini juga ada pelbagai bahasa seperti bahasa melayu, kantonis dan dialek kelantan.

Filem Chow Kit telah lulus dari bahagian penapisan filem , yang dianggap tak sesuai untuk ditonton dan ada dialog yang tak sepatutnya masuk ke dalam filem itu, sperti dialog yang agak lucah dan kasar telah dipotong.


Pelakon yang membintangi filem Chow Kit:
Muhamad Izzam Izzudin, Muhamad Izzam Syafiq, Muzhaffar Shah Shahrul Asran, Nur Nadzirah Rosi, Saiful Ghaz, Namron, Yasmin Hani, Lana Noordin, Airis Yasmin, Dilla, Mers Sia, Beto Qusyairi, Janelle Chin, Dira Abu Zahar, Brandon Yuen, Chen Puie Heng, Amar Delon, Mohd Razib Salimin, K.Ganteeban.


Kita nantikan sambutan filem Chow Kit..adakah akan mendapat sambutan hebat atau seperti filem Songlap juga yang agak kureng mendapat sambutan dari peminat filem tempatan.


Skandal Zahida Rafik dan Menteri Dibongkar Oleh Pemandu Sendiri

$
0
0
Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.





Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.



Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini.

“Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama.

“Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya. -hmetro (3 Mac 2012)

 
Pemandu artis dedah skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu. Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis

terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj. “Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi
kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. “Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai.

Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk. “Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. “Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara
Perkeso Jalan Ampang. “Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa
ditemani Zahida. “Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta


mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. “Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik. “Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000.



Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya. Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Zuraida


kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu. “Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya. Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.


-keadilandaily
 sumber : http://greenboc.blogspot.com/2012/04/rentetan-terbongkarnya-skandal-shafie.html

Polis Tembak Polis Di Depan Istana Anak Bukit, Kedah

$
0
0
Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik. Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala. Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu


berasal dari Melaka dan belum berkahwin. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang. “Pada pukul 5.45 petang, penyelia






kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun. “Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat

kejadian di sini semalam. Sangka tembak tupai “Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana,” kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam. Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian. “Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa

penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu. “Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain,” katanya. Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian. Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat


burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai. “Setengah jam kemudian, saya lihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan pintu Istana Anak Bukit sebelum orang ramai mengerumuni bahagian depan istana berkenaan,” katanya. Sembunyi tiga jam Seorang anggota polis yang melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugasnya di balai pengawal Istana Anak Bukit, di sini, hanya sempat melarikan diri kira-kira tiga jam sebelum dicekup di rumahnya di Simpang Empat, Perlis, semalam. Suspek berusia 25 tahun dan berpangkat Lans Koperal itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan


Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, kira-kira jam 9 malam. Dalam kejadian jam 5.45 petang semalam, mangsa, Konstabel Mohamad Sobri Md Sidik, 22, berasal dari Melaka, mati di tepi pintu pagar Istana Anak Bukit akibat cedera parah di kepala dan badan selepas ditembak dipercayai akibat perselisihan faham. Difahamkan, mangsa dan suspek bertugas bersama di balai pengawal istana berkenaan


dan jadual tugas mereka bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah rakannya hingga mati sebelum melarikan diri dengan menaiki keretanya dan meninggalkan mangsa yang terbaring di tepi pagar di pintu masuk utama ke istana berkenaan.

Gambar Zarina Anjoulie Dicium Lelaki Tersebar

$
0
0
Panas di internet Zarina Anjoulie Lavocah 25 tahun, dengan kisah panas yang baru iaitu gambar Zarina kelihatan dicium oleh seorang lelaki. Menurut Zarina gambar tu sudah lama diambil, kenapa sekarang orang mahu mengambil tahu dan menudunhnya dengan cerita yang bukan bukan dan memburukkan dirinya.

ikuti penjelasan Zarina Anjoulie mengenai aksi dia dicium lelaki



Menurut pelakon yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya. Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya. “Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej

sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk.


 “Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam. Zarina berkata, dia semakin tertekan dan tidak faham mengapa segelintir pihak tegar melemparkan dakwaan tidak rasional sekali gus cuba menjatuhkan dirinya sebagai penggiat seni tanah air. “Sebagai artis,


berperwatakan baik sangat pun, orang tetap melemparkan dakwaan berunsur negatif. Kontroversi sinonim dengan individu bergelar artis.


 “Saya juga pernah difitnah kononnya dibela individu bergelar VIP Mat Saleh hanya disebabkan mereka nampak saya bermesra di kedai mamak pada lewat malam.

 “Padahal itu bapa saya dan kami selalu keluar minum di kedai mamak jam 12 malam,” kesalnya. Dia berkata, dirinya tidak mahu ambil peduli dan malas melayan sesetengah laman blog yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi bertujuan untuk mengaut keuntungan.


“Saya tidak mahu peminat mengenali saya dengan kontroversi kerana apa yang dilakukan hanya saya yang tahu. “Kini, peminat sudah salah tafsir apabila saya terus dipalit

kontroversi seperti ini. Semakin ligatlah sesetengah laman blog untuk terus melemparkan dakwaan negatif bagi mengaut keuntungan.

 “Kenapa tidak dari dulu lagi gambar ini disiarkan padahal ia diambil tahun lalu,” katanya.

Katanya, mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Fokusnya kini memajukan diri dan memberikan kesan yang terbaik dalam karier seninya tanpa perlu mendengar apa juga kata negatif. Sebelum ini, cerita kontroversi Zarina tercetus apabila tersebarnya foto seksi yang mendedahkan sebahagian dadanya di Internet beberapa tahun lalu dan beraksi ‘berani mati’ apabila menjadi penghias muka depan majalah


lelaki yang diterbitkan di Jakarta, Indonesia hingga ramai yang mencemuh. Mendapat jolokan ‘Party Girl’, Zarina dilaporkan bergaduh dengan beberapa rakan artis. Terbaru, seorang artis lelaki dari seberang menafikan ada hubungan istimewa dengannya namun Zarina tidak kisah dengan jawapan diberikan lelaki terbabit. Pelakon ini juga pernah merancang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sehingga dalam satu temu bual Zarina berterus-terang tidak mahu mengundang wartawan di majlis perkahwinannya. Tidak berakhir dengan itu, Zarina mengaku menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi.

Sinopsis Filem Mencari Cinta -Rusdi Ramli dan Nora Danish

$
0
0
Sinopsis ‘Mencari Cinta’, mengisahkan mengenai percintaan selepas perkahwinan yang berlandaskan kisah Rasulullah sendiri. Skrip filem ini sudah disimpan sejak tiga tahun lepas yang pada asalnya dirancang untuk di buat drama.








Filem bergenre Islamik tapi lebih kepada komersial adalah lakonan Nora Danish,Rusdi Ramli,Riezman Khuzaimi dan Connie Ahmad. Di arahankan oleh Shirin Hj Khuzaimi terbitan Armnet Integrated dan Madiera Red Movie Associates .


 Sinopsis Filem Mencari Cinta

Berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.


Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampong yang begitu dedikasi pada orang tua dan amanah keluarga menjadi ladang ternakan telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya Mila yang ingin menyambungkan pelajaran. Bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa antara Mila dan dia tiada jodoh. Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibubapa Razlan, malah tujuan awal Tan Sri Johan memang hendak









menjodohkan Myra dengan Razlan sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.Namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampong yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Jodoh temukan Myra dan Razlan…disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik.

Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik

gitar dan menyanyi dan Myra dalam diam tertarik dengan personaliti Razlan.




Filem ini baru saja selesai penggambaran pada 8 April lalu dan kini dalam proses suntingan. Dijangka menemui penonton pada Hari Raya ini. Filem ini hanya menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta dan mengambil masa selama 18 hari saja penggambaran. Pihak penerbit merancang membawa filem ini untuk dicalonkan dalam 2 anugerah antaranya Woman Director Cannes Awards dan The Golden Awards of Montreux.”

Video dan Gambar Skandal Seks Azmin Ali Tersebar ?

$
0
0
Video skandal seks Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Kecoh sebelum ini di internet mengenai penyebaran foto rakaman video skandal seks yang membabitkan lelaki mirip wajah seorang pemimpin parti PKR Azmin Ali di beberapa blog Pro Kerajaan,  hari ini akhbar Kosmo Rabu 2 Mei 2012 memaparkan gambar itu pada muka surat hadapan akhbar.






Semakin hari dilihat semakin teruk situasi politik di Malaysia ini kerana sejak akhir-akhir ini seringkali parti politik di Malaysia memainkan isu seks sebagai cara untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik. Berita mengenai skandal seks Azmin Ali ini setakat ini belum sahih membuktikan dia bersalah dalam hal ini namun, jika dilihat dari segi Islam adalah sesuatu yang berdosa menyebarkan aib seseorang.

Adakah ini lumrah politik di Malaysia? Saling menjatuhkan maruah seseorang bagi merebut kuasa pemerintahan. Jika sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ketua Pembangkang, kini isu terbaru yang dimainkan adalah skandal seks Azmin Ali iaitu selaku Timbalan Presiden PKR.




komen Azmin Ali



“Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” Kata Azmin Ali.


Gambar Gerhana Matahari Cincin di Amerika dan Hong Kong

$
0
0
Gambar gerhana Matahari Cincin/ Anulus di beberapa tempat seperti di Amerika, Jepun dapat dirakamkan, gambar dari Reuters.
Gambar di New Mexico AS pada 20 Mei 2012


Di New Mexico AS
di California



Di Hong Kong 21 Mei




















parator" style="clear: both; text-align: center;">



Pelakon Adi Putra Batal Hasrat Untuk Bercerai

$
0
0
Pelakon Adi Putra pada minggu lalu yang menyatakan keinginan mahu menyelesaikan kes rumah tangga dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah di sini, Isnin menggambil keputusan menarik balik kes berkenaan.
Difahamkan Adi yang memfailkan penceraian pada 14 Mei lalu menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin.


Wartawan yang berkumpul di mahkamah berkenaan bagaimanapun gagal bertemu dengan pelakon itu.
Dalam pada itu,
Pelakon Adi Putra enggan mengulas mengenai penarikan kes tersebut.
Dia bagaimanapun memberitahu akan mengadakan sidang media khas pada malam Selasa di Hotel park Royal, pukul 9 malam.

"Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini," katanya.
Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.
Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.

sumber: mstar online


Bagus tindakan Adi Putra, berbaik baik semula dan cari jalan penyelesaian dulu.

Peminjam PTPTN Yang Cemerlang di Peringkat Ijazah Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman

$
0
0
Berita baik buat semua peminjam PTPTN kerana kerajaan mengumumkan semua peminjam yang cemerlang di dalam Ijazah sarjana Muda  tak perlu membayar balik pinjaman, pinjaman akan ditukar kepada biasiswa.

Kir-kira 11,764 peminjam PTPTN tidak perlu membayar balik pinjaman.

ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan PTPTN di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Bandar Tun Razak, Jengka di sini, Ahad.
Pada majlis itu, seramai 1,133 pelajar menerima wang pendahuluan sebanyak RM1,500 melibatkan jumlah RM1.7 juta bagi kemasukan Mei/Jun 2012 di UiTM Pahang.
Ismail berkata untuk kemasukan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bagi sesi Mei/ Jun 2012, seramai 32,777 pelajar menerima wang itu membabitkan RM49 juta.
Bagi negeri Pahang, katanya sebanyak RM3.7 juta diperuntukkan sebagai wang pendahuluan PTPTN kepada 2,496 pelajar.
Ismail berkata sehingga 31 Dis lalu, sebanyak 553,913 waran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) telah ditunaikan dengan jumlah RM812 juta.
Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.
Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya.

sumber  BERNAMA

Hubungan Almy Nadia dan Fizz Fairuz Retak Menanti Belah, Fizz Mendiamkan Diri

$
0
0
Hubungan cinta antara pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia tidak asing lagi, ramai peminat sudah mengetahui tentang hubungan cinta mereka, dan seringkali soalan mengenai perkahwinan diajukan kepada kedua pelakon itu.
Baru baru ni Fizz Fairuz telah mengeluarkan kenyataan akan masuk meminang kekasihnya Almy Nadia selepas pulang dari umrah 8 Mei.

Tetapi kenyataan Fizz itu telah membuatkan Almy terkejut kerana Fizz dan dia sudah lama tidak berhubung dan bertanya kabar, hubungan mereka semakin hambar dan tidak seperti pasangan kekasih yang lain.
Fizz juga tidak pernah meluahkan hasrat mahu berkahwin atau berbincang mengenai hal pernikahan mereka.

Apabila pihak media bertanyakan jawapan lanjut dari Fizz mengenai kenyataan balas Almy, akhirnya Fizz hanya menjawab "no komen'.


"Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham," katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.
Tidak sampai dua minggu sejak Fizz Fairuz meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Almy Nadia, aktres itu pula tampil dengan kenyataan mengejut bahawa hubungan mereka kini di ambang keretakan.
Dalam kenyataannya kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad, Almy berkata hubungan mereka boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, juga dilaporkan sebagai berkata, aktor itu sekadar bercakap tanpa berfikir panjang.
Dia turut menyifatkan ia sebagai gurauan semata-mata mengenai hasrat untuk berkahwin kerana hubungan mereka kini berada di ambang perpisahan.
Almy dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 9 Mei lalu, mengakui sangat terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya itu berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.
Bagaimanapun, aktres berusia 26 tahun itu tidak dapat memberi sebarang reaksi kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai hasrat Fizz.
"Tak nak komen... Saya tak nak komen apa-apa, boleh tak? Minta maaf sangat-sangat," jawab Almy.
 sumber : mstar online


Kesian kat Almy, cari je la yang lain, lelaki kalau betul nak memang dari awal akan tunjuk kesungguhan nak pinang dan kahwin kalau bertangguh tangguh memang payah la..tapi kalau ada jodoh tak ke mana..



Viewing all 45 articles
Browse latest View live